10:42 0

8 Dikuatiri Maut Lemas Kerana Pasir Jerlus



8 Dikuatiri Maut Lemas Kerana Pasir Jerlus


8 dikuatiri orang maut apabila lemas kerana disedut pasir jerlus di Segamat semalam. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi kira-kira jam 850 pagi di Sungai Muar Buluh Kasap.

Kisahnya bermula apabila 12 rakan karib pergi berjoging bersama pada waktu pagi Jumaat (semalam). Mereka bermula seawal 630 pagi dan mula berjoging kira-kira 2 kilometer. Mereka melalui kawasan tersebut dan menikmati pemandangan.

Secara tiba-tiba, seorang dari mereka, Mohd Hafizuddin tergelincir dan menjerit meminta bantuan. Melihat rakannya itu tenggelam, Mohd Izoan dan Mohd Noreen terus terjun ke dalam sungai.

2 sahabat itu, Izoan dan Noreen juga kelihatan tenggelam menyebabkan 2 orang lagi, Mohd Zikri dan Nazrul Aminuddin terjun untuk membantu. Malangnya mereka berdua juga tidak kelihatan dan terkapai-kapai.

Kemudiannya, Nazrul (Ayoi), Mohd Shafiq dan Mohd Hafizul Daniel pula terjun memberi bantuan dan semuanya tenggelam dan lemas.

Melihat keadaan 8 orang yang sedang tenggelam dan terkapai-kapai, 4 rakan yang lain tidak terjun dan mencari bantuan orang ramai.


Mereka yang hilang ialah:
1. MOHD ZATI ZAIDI, 16
2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

Punca kepada kejadian ini ialah kerana cuaca panas yang berlaku akhir-akhir ini. Cuaca panas menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai.

Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatihah


8 dikuatiri maut, 3 mayat sudah dijumpai, 5 masih hilang







0 comments:

Post a Comment