20:59 0

Anzalna Dan Izzue Islam Bermasam Muka



Anzalna Dan Izzue Islam Bermasam Muka


Kisahnya berlaku apabila dua pelakon yang popular ini telah berlakon bersama dan bergandingan dalam satu drama bersiri.

Dalam drama ini mereka berdua dikehendaki melakonkan adegan mesra bersama. Dikatakan Izzue Islam cuba megurangkan batas kemesraan kerana ingin menjaga hati isterinya iaitu Awin. Awin juga merupakan personal assistant (PA) Izzue dan mereka sering berada di set ketika penggambaran.


Walaubagaimanapun Anzalna yang menjiwai watak dalam satu adegan romantik menyebabkan Izzue kurang selesa. Izzue dikatakan menegur Anzalna dan menyebabkan pelakon wanita itu bermasam muka.


Dari blog OhBulan, Anzalna berkata:


Sebenarnya saya berlakon adegan romantik itu pun macam biasa sahaja. Saya tak setuju lah bila orang dakwa yang saya berlakon secara berlebihan. Nak berlakon adegan pegang tangan pun saya takut dan malu sebab saya tahu itu suami orang, macam mana pula saya nak buat adegan romantik lebih-lebih.

Anzalna dan Izzue Islam bakal muncul dalam drama bersiri bertajuk "Aku Isterinya"

artikel lain: Emma Maembong Bermasam Muka Dengan Uqasha Senrose baca di -> (BACA DI SINI)



0 comments:

Post a Comment