Sambutan hari jadi, Zain bawa Che Ta ke Krabi.
Pasangan romantis yang baru berberapa bulan berkahwin kini sekali lagi ke luar negara untuk honeymoon selepas melawat Eropah dan kepulauan Bali baru-baru ini. Namun dikatakan tujuan Zain Saidin dan juga Che Ta berlepas ke Krabi kerana ingin menyambut hari jadinya yang ke 43 tahun.
Pemergian Zain Saidin dan juga Che Ta ke Krabi sempat dikongsikan bersama peminat mereka menerusi akaun Instagram Che Ta dan juga Zain Saidin.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, hari jadi Che Ta sebenarnya jatuh pada 9 Mac dan mejurus kepada umurnya yang kini berusia 43 tahun.
Lihat sajalah, walaupun sudah berusia 40an namun penampilan dan perwatakan tetap awet muda seperti anak dara dan tak hairanlah mengapa Zain Saidin terpikat dengan Che Ta.
Zain Saidin juga berkongsi kata-kata romantis buat buah hatinya iaitu isterinya yang bernama Che Ta itu, " Happy Birthday my love. I will love u untill the end of our days and love u forever more in Jannah.
Romantik bukan? Malah gambar dibawah akan membuatkan anda semua terpegun dengan sikap romantik dan mesra pasangan ini. Jom lihat.
0 comments:
Post a Comment