20:15 1

Ucapan Terakhir Captain Zaharie, Pilot MH370



Ucapan Terakhir Captain Zaharie, Pilot MH370 sebelum hilang didedah


“Okey roger, Good Day,” itu merupakan ucapan terakhir pilot bertugas di pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) Lapangan Terbang Subang, sebelum hilang dari radar.

Siti Sarah Lebai Abu merupakan penyelia bertugas pada malam tersebut. Siti Sarah merupakan Penolong Pengarag NATCC. Dia berkata tiada apa masalah yang berlaku.

Kata Sarah, selepas MH370 berlepas dari KLI pada awal Sabtu pagi, untuk 40 minit pertama semuanya okey dan tiada sebarang msalah.

Namun pihak mereka mula gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan ke pangkalan Ho Chi Minh, Vietnam beberapa minit sahaja.

Sepanjang 18 tahun Siti Sarah berkhidmat itulah kali pertama kejadian hubungan terputus seperti itu berlaku.

Ini kata Sarah:
“Ketika mahu menyerahkan kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Zaharie), beliau memberi respons yang baik."

“Okey roger, Good Day (sekian terima kasih), itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum radar kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari,”.


“Ini bukan tugas main-main, kami memegang nyawa sehingga 800 orang dalam satu masa, tak kan lah nak buat sambil lewa."


“Kita diarah untuk fokus dan memastikan keadaan di laluan udara itu selamat dilalui oleh pesawat yang memasuki zon kita.” 


Kata-kata terakhirdari kapten Zaharie menjadi petunjuk jelas bahawa semasa di dalam kawalan pihak Subang, pesawat dan juruterbang dalam keadaan baik.

Zaharie juga amat tenang dan seperti tiada tekanan dari sesiapa dalam kokpit atau dari pesawat MH370 tersebut.

Pendedahan ucapan terakhir juruterbang MH370 ini jugamenjadi bukti tiada sebarang kerosakan teknikal dalam pesawat ataupun sebagainya semasa di dalam kawalan pihak NATCC.

Kapal terbang MH370 ini dalam perjalanan ke Beijing, China dan dikendali atau dipandu oleh Captain Zaharie bersama pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.-laporan dari SinarHarian.

- Gambar dan BIODATA Kapten ZAHARIE (KLIK SINI)




1 comments:

  1. [sensasi] 4 Gambar terbaru Ayu Raudhah yang mantap !
    lihat pada link http://bit.ly/NcR8ob

    ReplyDelete