13:19 0

Vietnam Henti Operasi Mencari, Apa Puncanya



Vietnam Henti Operasi Mencari, Apa Puncanya?


Dari laporan Sinar Harian melaporkan:
Negara jiran, Vietnam dikatakan akan menghentikan seketika aktiviti pencarian pesawat MH370 di perairan mereka( kawasan Vietnam) sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam berkata, operasi mencari dan menyelamat pesawat  MH370, dihentikan kerana ada laporan semalam menyatakan terdapat tentera Malaysia kali terakhir mengesan pesawat itu di kawasan perairan Selat Melaka.

"Kami telah menghantar dua notis kepada Malaysia untuk mengesahkan laporan media antarabangsa. Tiada jawapan diterima setakat ini,"

Walaubagaimanapun, dua penerbangan tetap dibuat hari ini untuk operasi mencari tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan.

Beliau juga berkata, sehingga kini Vietnam hanya berhubung dengan seorang pegawai dari Malaysia dan maklumat yang diperolehi dari Malaysia tidak mencukupi.

Terdahulu, Malaysia telah mencari di Selat Melaka terutama bahagian utara selat Melaka kerana berdasarkan teori kemungkinan pesawat itu cuba berpatah balik.

Semalam, Berita Harian dan akhbar antarabangsa ada melaporkan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menyebut bahawa radar milik tentera di Butterworth mengesan penerbangan MH370 di Selat Melaka.

Sebuah agensi media antarabangsa turut melaporkan perkara sama menggunakan sumber dalaman tentera Malaysia.

Namun pagi tadi Tan Sri Rodzali menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan seperti itu.

MELAMPAU !! Media dari AUSTRALIA gelar co pilot Fariq Playboy (KLIK SINI)


sumber: sinar harian

0 comments:

Post a Comment