Searching...
20:38 0

Banyaknya Israel Tanam Pokok Ghorqod, Si Pohon Yahudi


Israel Tanam Pokok Ghorqod, si pohon Yahudi


Tanam Pokok Di Gaza


Pasukan tentera Israel bukan hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Gaza.

Mereka juga ada menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok. Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.

“Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz .

Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini penduduk di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas.

Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.

Hadith Dari Nabi Muhammad (SAW)


Rasulullah SAW, di 14 abad yang lalu pernah menyatakan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah kaum Yahudi berlindung pada pohon Ghorqod ketika berperang dengan orang Islam.

Hadis itu berbunyi:
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi ”

Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod. Inikah tanda kebenaran hadith Rasulullah SAW?

Wallahua’lam bish-showab.

WAJIB BACA:
Perkara besar yang bakal Melanda (baca sini)





0 comments:

Post a Comment