08:55 0

Gambar Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan


Gambar Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan


Pengerusi parti politik DAP, YB Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 1.30 pagi Khamis.

Ahli Parlimen Gelugor itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo ketika dihubungi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan Karpal maut ditempat kejadian.

Pembantu peribadi Karpal iaitu Michael Cornandez tutut maut dalam kemalangan itu. Manakala seorang lagi anak Karpal, Ramkarpal tercedera dalam insiden tersebut.

Maklumat awal mendapati kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori hingga menyebabkan kenderaan berkenaan rosak teruk.

Beberapa ahli politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitternya turut menyatakan takziah atas kematian Karpal.

"Kita kehilangan seorang rakan, pejuang yang tidak tahu erti penat serta seorang lagenda keadilan... takziah kepada keluarga," tulis Anwar di Twitternya.

[18 SG] 10 Gambar Kemalangan Karpal Singh (klik sini


0 comments:

Post a Comment