Saya Harap Ada Penamat Atas Semua Ini - Alyah
Umum mengetahui hubungan Alyah dan Ramli MS.
Namun kedua mereka seperti main tarik tali atau merahsiakan status sebenar hubungan mereka berdua.
Kerana itu banyak spekulasi dan tanda tanya yang timbul dari peminat industri hiburan tanah air.
Sehinggakan ada yang mengatakan sebenarnya mereka berdua dah berkahwin.
Ini kata-kata Alyah:
Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang berlegar dalam fikiran ramai.
Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup. Saya sendiri mengharap ada penamat di atas semua yang menjadi tanya tanya selama ini. Saya sedar benda ini terus berlarutan dan ramai yang akan bertanya.
Selalunya orang akan tanya saya dan bukan dia (Ramli MS). Insya Allah akan tiba masanya, Alyah tanpa ragu akan merungkaikannya. Selama ini, kalau pihak saya saja yang bersedia untuk menjelaskan sesuatu dan tidak di pihak sebelah sana, ia tak boleh terjadi juga.
Dalam hal ini, banyak hati yang perlu dijaga. Saya tak boleh sewenang-wenangnya bertindak atau membuat keputusan sendiri.
Sekali lagi buat peminat atau sesiapa saja di luar sana tidak kira yang menyukai mahupun membenci diri ini, saya dengan rendah hati memohon doa daripada anda semua supaya pengakhirannya nanti terbaik buat semua.
Perang Artis:
Fazura GADUH dengan wartawan(baca sini)
0 comments:
Post a Comment