10:17 0

Lelaki Jadi Jutawan Setelah Beli Kontena Lama

Lelaki Jadi Jutawan Setelah Beli Kontena Lama

Di London England, seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan kecil-kecilan tidak menyangka dan terkejut apabila tindakannya membeli satu kontena bakal mengubah kehidupannya.

Beliau telah membeli kontena yang tidak diketahui muatannya berharga USD$ 100 dalam RM320 kira-kira 20 tahun lalu.

Lelaki itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989. Dia tidak tahu menahu kontena itu sebenarnya berisi sebuah kenderaan seperti kereta tanpa roda yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.

Untuk pengetahuan kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977. Kini harga dan nilainya dianggarkan lebih kurang USD$ 1 juta (RM3.2 juta).

Kata lelaki itu, kereta terbabit ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga menyebabkan kontena itu dilelong. 

Pada mulanya, dia sangkakan kereta itu tidak berharga dan tiada nilai. Ini kerana kereta itu tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai kereta itu.

Lelaki itu turut mengambil keputusan melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug Redenius mengesahkan keasliannya.

Wow itulah namanya rezeki. Dapat USD 1 juta terus.

Baca juga:
- 100 haiwan Pelik dan Rare (klik sini)





0 comments:

Post a Comment