Luahan Hati Isteri Pramugara MH370 Dakwa Kerajaan Malaysia Cuba Tipu Waris MH370?
Isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Intan Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui Instagram.
Kali ini apa yang ditulis dan diluahkannya adalah untuk mencari kebenaran yang didakwa olehnya disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370.
“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.
Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.
Astro Awani juga ada melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.
Kisah Misteri Adam Air (klik sini)
0 comments:
Post a Comment