13:26 0

Pelancong China Diculik Di Semporna, Sabah


Pelancong China Antara Yang Diculik Di Semporna, Sabah


2 orang warga asing telah diculik di Sabah. Salah seorangnya merupakan pelancong wanita warga China. Seorang lagi merupakan pekerja resort warganegara Filipina. Mereka telah diculik dari sebuah resort semalam.

Wanita berwarganegara China itu berasal dari Shanghai dan kini berusia 29 tahun. Pekerja Filipina itu pula berusia 40 tahun. Mereka berdua telah diculik oleh enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali pada jam 10.30 malam di Singamata Reef Resort.

Pasukan Keselamatan dari Malaysia telah meletakkan pasukannya dalam keadaan alert di sepanjang sempadan perairan laut di selatan Filipina.

Walaubagaimanapun Polis Sabah masih belum membuat kenyataan rasmi tentang kes itu. Namun pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek telah mengesahkan kejadian penculikan berkenaan benar-benar berlaku.


Dikatakan pelancong wanita itu sedang mandi di dalam biliknya dan dia dipaksa keluar oleh penculik dan disuruh masuk ke dalam bot. Secara keseluruhan ada 61 pelancong warga China di resort berkenaan ketika itu.

Kebanyakan pelancong berada di dalam bilik masing-masing ketika kejadian mengerikan itu berlaku dan mereka hanya mengetahui kes penculikan itu apabila pihak pengurusan mengarahkan mereka semua keluar dari bilik setelah yang tiba selepas sekumpulan lelaki bersenjata melarikan diri dengan tawanan mereka.

Setelah pemeriksaan dibuat, mereka mengesahkan seorang pelancong dan pekerja resort telah hilang.

Tahun lalu ada satu kes pembunuhan terhadap pelancong warga China yang bercuti di Sabah. - THE STAR


0 comments:

Post a Comment