08:57 0

Polis Kawal Keselamatan Hanez Suraya Ketika Berlakon


Polis Kawal Keselamatan Hanez Suraya


Pelakon yang dibenci ramai kerana skandalnya dengan suami orang iaitu Hanez Suraya dikatakan dijaga dan mempunyai bodyguard polis.

Polis dengan berpakaian biasa akan mengawal keselamatan Hanez Suraya di Istana Budaya sempena pementasan yang melibatkan Hanez Suraya. 

Langkah ini diambil setelah Hanez Suraya menerima ugutan termasuk akan dibaling telur.

Teater "Projek Kahwin" akan dilakonkan Hanez Suraya dan mendapat ugutan beliau akan dibaling telur selain teater ini akan dipulaukan.

“Hanez ada menyatakan hasrat untuk menarik diri selepas kontroversi tersebut, namun apabila perbincangan dilakukan kami bersetuju untuk kekalkan dia dan menambah pelakon baru iaitu Kilafairy,” jelas penerbit teater itu, Shawn Amer.

Kilafairy akan berlakon menggantikan Hanez Suraya selama 6 hari manakala Hanez akan berlakon selebihnya selama 4 hari.



0 comments:

Post a Comment