07:49 35

Respon Erra Fazira Apabila Engku Emran Mahu Rujuk Kembali


Respon Erra Fazira Apabila Engku Emran Mahu Rujuk Kembali


Baru-baru ini, Engku Emran ada memuatnaik status di instagram seperti ingin memenang hati Erra Fazira semula. Ya kelihatan seperti Engku Emran bersungguh ingin merujuk kembali.

Untuk pengetahuan mereka sah bercerai pada bulan Februari 2014 yang lalu (baca sini).

Pelakon popular, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, dia ternyata amat terkejut dengan tindakan Engku Emran membuat kenyataan secara terbuka dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya.

Ini kata-kata Erra ketika ditemubual mStar:

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak.

Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya. 

Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. 

Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik,".

Itulah luahan Erra Fazira yang kini sudah menjangkau umur 40 tahun. Beliau meminta ruang dan privasi. Mungkin nak fikir yang terbaik untuk dirinya juga.

Gambar anak Erra Fazira (klik sini)



35 comments:

  1. yg sudah tu sudah la kak erra..maafkan je la...

    ReplyDelete
  2. Umur semakin meningkat.. kecantikkan akan pudar...

    ReplyDelete
  3. Yg sudah biar sudah.tapi fikir betul2.kenapa mintak cerai at first.renung2 kan.

    ReplyDelete
  4. Pedih hati erra siapa yg tahu. .

    ReplyDelete
  5. Bila suami kata, aku mahu rujuk dengan kamu.. Sec autonya dah rujuk balik.kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg boleh tapi dia ada tempoh masa. selagi isteri dalam edah. bila suami cakap rujuk balik. secara rasminya isteri itu bergelar isteri kembali. tetapi apabila sudah abis tempoh edah,,, dah takde guna dak.. kena kawin semula la jawabnya..

      Delete
    2. Klu da bsama bru sah rujuk smula tu. Bkn ckup skadar ckp je

      Delete
    3. betol tuuu..

      Delete
  6. x la,,dia kena tnggu prsetujuan isteri tu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi dlm idah , tk kena tunggu prsrtujuan istri .

      Delete
  7. Rujuk tu dah sah... Keputusan atas pihak lelaki

    ReplyDelete
  8. Dah ada pengganti.....

    ReplyDelete
  9. demi anak kak era apa slh nye kak era kasi dia pulang.. mukin dia da sedar kesilapan dia.. maaf kn dia walau mcm mane kak era fikir masak2..

    ReplyDelete
  10. Mmg btul pun..rjuk tu sah..xperlu istri stju sb msih dlm iddah..3 kali suci..sbg prmpuan dn istri xda kuasa mutlak utk tentukn kptusan suami krn rujuk tu bukn pkra mugkar..

    ReplyDelete
  11. erra suka idup sendiri..sbb tu dia xnk rujuk semula...klu ada perasaan syg lg mesti kak era terima krn ank...dan pk kn usia yg semakin berumur...urm...

    ReplyDelete
  12. kita xtau apa y dilalui org lain.so biarlah takdir y mnentukn.. mungkin apa y dilalui erra sgt pedih..lgpon tu citer dlm kain diorang.xkn nk bgtau umum.. biarlah mereka.hormati privasi mereka.pd sesiapa y memujuk tu.berhentilah.tindakan uols mkin buat erra serabut..

    ReplyDelete
  13. Ms nk cerai xde pkr sal ank...dah cerai br nk sdr..

    ReplyDelete
  14. Banyak Ustad/Ustazah bengong kt ruangan komen kekeke..pendapat bercelaru & tiada penyelasaian (blh rujuk lh, tak blh rujuk lh, sec auto rujuk lh, sah rujuk lh, blom sah rujuk lh, tunggu edah lh, kena tggu iddah lh, x perlu isteri setuju utk rujuk lh, perlukn istri setuju utk rujuk lh),,Ape mende semua ni,,!!!???????? Nmpk sngat Melayu Islam ni=Islam celup je wkwkwkwkaa..

    ReplyDelete
  15. Yg kau lagi pulakk bodoh anonymous 1516,awak tahu jawablah,sama aja tololnya,ni ilmu awak kena faham,awak tahu ke hukuk rujuk tak perlu persetujuan isteri,undng malaysia takbtahulah..dgh cara ni ramai org dpt ilmu dan mula merujuk buku dan ustaz,kalau tak beritahu ramai tak rahu

    ReplyDelete
  16. ringan mulut bebicara ,..
    hanya allah je yg tahu , apa yg erra cuba pendamkan ,..

    ReplyDelete
  17. Fobia la tuuu...

    ReplyDelete
  18. Yg komen semua nya BAHALOL tau ckp je tau kutuk je. Biarkan Erra yg buat keputusan apa yg baik dan buruk buat diri Erra yg penting kita sama2 doakan yg terbaik buat Erra dan terima apa jua keputusannya.

    ReplyDelete
  19. Erra...jangan penting diri sendiri dan masih nak khayal dgn dunia hiburan....

    ReplyDelete
  20. Apa salah nya...lagikan lidah lavi tergigit..diluar nampak seronok tapi bila keseorangan ..sunyi..buang rasa ego...perkahwinan perkongsian dan memahami..istiqarah yg terbaik

    ReplyDelete
  21. Jodoh dan cerai di tangan kita..tak perlu nak salahkan jodoh dan takdir.benda yg halal allah tak suka adalah cerai.syaitan dan iblis memisahkan suami isteri..inilah bahananya sebab kita lupa allah..dan allah juga boleh lupakan kita.yg pasti ibadah kita kena jaga

    ReplyDelete
  22. nak tnya 1 jer. korg komen2 nih agak2 erra baca ker luahan hati korg? hahaha

    ReplyDelete
  23. Erra,hidup ni memang bnyk ranjaunya...jika penceraian trjadi kerana memprtahankn hak diri dan hak agama sebaiknya beri dia pengajaran hidup bukan semua pekara boleh di nilai dgn mudah...insyaallah allah lebih tahu...dengan menyimpan rahsia dn tidak memburuk2kan sebelah pihak...walaupun diri kadang d nilai sekilas pandang oleh sesetengah masyarakat...saya percaya ada kematangan dlm respon erra tentang isu ini...bersabar lah...

    ReplyDelete
  24. lol, lawak komen2 kamu ... biarkan lah apa diorang nk buat .. tu yg terbaik bagi diorang , yg kamu sibuk2 2 napa ? bukan juga Erra dpat baca komen2 kamu 2 ..

    ReplyDelete
  25. Soalan:
    Suami menceraikan saya di luar mahkamah dengan talaq satu. Perceraian kami telah didaftarkan dan kami kini menunggu hari perbicaraan untuk pengesahan cerai. Dua minggu setelah melafazkan talaq, suami datang ke rumah dan mengadakan hubungan kelamin dengan kerelaan saya. Adakah kami dianggap sudah ruju' semula? Bagaimana cara yang betul sekiranya suami mahu meruju' semula dengan saya?

    Anunziata Abdool Raheem,
    Kuala Lumpur.

    Jawapan:
    Terima kasih kerana mengemukakan kemusykilan puan kepada kami.

    Ruju' merupakan keadaan di mana suami yang telah melafazkan talaq ke atas isterinya kembali semula kepadanya semasa dalam tempoh ‘iddah. Tempoh ‘iddah bagi seorang wanita adalah tiga kali suci daripada haid.

    Suami hanya boleh meruju' kembali bekas isterinya sekiranya isteri dicerai dengan talaq satu atau talaq dua (talaq rajie). Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 229: “Talaq (yang boleh diruju' kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia ruju' memegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya dengan cara yang baik”.

    Berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'.

    Pertamanya, suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya. Kedua, bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut. Kemudiannya, suami perlu membuat permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan ruju'.

    Akhir sekali, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri.

    Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.

    Dari peruntukan undang-undang ini. Jelasnya terdapat dua perkara yang amat penting dalam proses ruju': lafaz niat ruju' oleh suami dan persetujuan daripada isteri.

    Seorang suami tidak boleh menganggap bahawa ruju' akan terjadi secara automatik kerana itu kemahuannya. Isteri haruslah bersetuju ke atas ruju' tersebut. Sekiranya isteri tidak bersetuju maka tiada ruju' bagi pasangan tersebut.

    Suami juga tidak boleh memaksa bekas isterinya ruju' semula dengannya.

    Apabila pasangan yang bercerai ruju' semula, mereka harus melaporkannya ke mahkamah syariah. Ini bagi memastikan bahawa rekod mengenai perceraian dan ruju' adalah betul dan tidak timbul apa-apa syak wasangka akan status perkahwinan seseorang.

    Menurut jumhur ulama' yang empat, iaitu pandangan Imam Malik, Imam Abu Hanifa, Imam Syafi'e dan juga Imam Ibn Hanbal, ruju' hanyalah berkesan jika niat ruju' dilafazkan secara terang dan jelas. Tetapi, terdapat perbezaan pendapat antara keempat-empat mazhab tentang sama ada ruju' boleh berlaku berikutan hubungan kelamin.

    Menurut Mazhab Syafi'e yang diterimapakai di Malaysia, hubungan kelamin tidak dianggap sebagai memenuhi syarat untuk ruju', walaupun suami mengadakan hubungan kelamin dengan niat untuk ruju' semula dengan puan. Ini kerana, bagi Mazhab Syafi'e, niat ruju' mestilah dilafazkan atau dibuat secara bertulis.

    Apa yang puan dan suami patut lakukan sekarang adalah pergi ke mahkamah syariah yang mendengar kes perceraian puan untuk memastikan sama ada ruju' sudah terjadi, dan jika adanya ruju', maka daftarkanlah ruju' tersebut.

    Diharap jawapan yang kami berikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah puan.

    Panel Peguam Sisters In Islam.

    ReplyDelete
  26. On jer abis citer jgn ego sgt lh erra ksian muka ank tu renung dlm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Somthing lh erra ni.nape egoos sgt dh baik2 emran nk rujuk smla trima balik lh.tepi dlu ego dn sakit hati jgn pnting dri sdri. Pminat bkn mndesak tp pminat tumpang happy skaki.diaorg mndoakn yg trbaik buat erra tp erra pandang negetif bnda ni.erra kata 1 mlysia doakn yg tau hnya tuhan ade kah tuhan nk tgk doa yg x baik.klu dh beribu yg doakn tuk kbaikan erra jd erra kna yakin smua akn berubah.renung wajah ank tu ada rasa ksian x???

      Delete
  27. Kita xley pksa org...hdup brumah tangga ni lain ckit..mmg kte kne pk kn mse dpan anak kita..tapi,klau mmg takdir allah kita harus bpisah..ttap jugak pisah...allah saja tahu rahsia dsebalik smua ni..mgkin ada hikmah dsebalik ni..jgn trlalu mmksa org lah yea..kita xkn tahu ape yg erra alami..dr jawapan erra tu..nmpk cgt2 mgkin tgku imran dah mlukakan hati nye byak kali...

    ReplyDelete
  28. Orang perempuan ni lain, sekali trguris byk yg d fikirkn. Hadapi hal yg sama tp mungkin lain masaalah dgn erra. Faham perasaan erra. Memaafkn senang melupakn yg paling susah.

    ReplyDelete
  29. tapi Saya Setuju kalo Erra gan awie rujuk kembali ... Hikhik

    ReplyDelete