20:16 18

Wardina Kecam Ceramah Ustaz Don Daniyal


Wardina Minta Ceramah Ustaz Don Daniyal Diperiksa Semula

Selebriti yang telah berhijrah iaitu pelakon, pengacara popular Wardina Safiyyah telah meluahkan rasa khuatir dan risau dengan beberapa ceramah dari pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal.

Wardina telah share satu video kompilasi koleksi yang dikatakan hadis palsu dari Ustaz Don

Beliau meminta mufti dan ulamak memeriksa semula content ceramah Ustaz Don.

Bagi Wardina perkara ini penting untuk dibincang namun dia masih juga meminati Ustaz Don, bukan bermakna dia anti Ustaz Don.

Ini kata-kata Wardina di Facebook:

Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau.

Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah... 

It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran. 

Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. 

Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.



18 comments:

  1. mungkin apa yag ustaz sebut tu jugak berdasarkan kitab2 para ulama' , atau ijma' Ulama'.klau apa yg dikatakan ustaz don tu blh merosakkan akidah tu lain la..

    ReplyDelete
  2. Assalam saya hanya ingin memberikan pendapat dari hati yg ikhlas. Saya memang kagum melihat penghijrahan saudari Wardina ke arah yg sangat baik. Namun sudah berapa kali terdetik di hati ini bila mana membaca update2 dari nya. Its as if she knows alot more then others, as if she has became the best muslimah, the best mother to the best children in the world etc. Sedar lah bahawa anda juga pernah melalui zaman jahiliah. Anda boleh menasihati tapi jangan sampai merasa kan yg anda ini sudah perfect ... sehingga kan anda merasakan yg seorang ustaz yg bertauliah boleh menyimpang ! Atas dasar apa dan apa kan kelulusan anda dalam categori hadis dan sunnah ??? Maaf tapi ini adalah isi hati saya yg sgt ikhlas. Minta saudari Wardina sedar akan kekhilafan diri anda. Jika.benar anda rasa Ustaz sudah menyimpang kenapa tidak atur kan discusi antara anda ustaz beserta dgn ulama2 yg dikenali ?? Itu sahaja dari saya. Bermuhasabah diri sebab kita ini insan yg lemah jgn lah sampau mendabik dada dan merasa yg kita ini sudah perfect .... wallaualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dgn pendapat anda itu..:)

      Delete
    2. saya setuju berganda2 dengan pandapat anda ;)

      Delete
    3. Btl2 sy setuju..... dye smua nk nmpk bgus dh mcm riak pn ad....

      Delete
    4. Saya setuju juga. jika saudari dapati ada apa-apa kekurangan atau kesilapan oleh para alim ulama dan ustaz, tolong jangan disiarkan melalui media sosial atau blog. hubungi terus ustaz tersebut dan bersemuka dan berbincang secara elok. saya dapati sekarang terdapat sesetengah ustaz menghentam ustaz yang lain samaada melalui internet atau ceramah mereka. kenapa menegur secara bersemuka tanpa menjatuhkan aib para alim ulama tersebut? kita kena istighfar banyak-banyak. lagi tinggi ilmu kita, lagi kuat dugaan syaitan yang mendatangkan sifat-sifat mazmumah kedalam diri kita. astaghfirullah.

      Delete
  3. Aku suka UST DON, yang aku tak gemar dia boleh ada cara talam dua muka.

    AKU kenal dia dalam TV 30min bersama USTAZ DON dengan serbannya. Tapi bila di luar hilang seri wajahnya bila HILANG SERBANNYA.Istiqomahlah ustaz . sebab ustaz MEMULAKAN PERSONALITI UST dengan berserban dan berjubah.

    ReplyDelete
  4. Assalam Saudara anonymos.. maaf berbicara..kita kena bersangka baik pada wardina..mungkin kita perlu kan kepastian dari ulama2 yang betol2 tahu... dari segi persoalan wardina itu dia hanya inginkan kepastian dan lagi sahih.. sbb skarang nie kalau ikut dalam fb ramai yg masih lagi was was dan masih lg tertanya tanya.. kalau wardina tidak beranikan diri untuk persoalkan sebegini siapa lg yg boleh kan??saudara xboleh pertikaikan tahap keinsafan wardina itu semua kerja Allah s.w.t.. semoga kita semua mndapat ilmu yg bermanafaat untuk dibekalkn kpada kita untuk menuju ke akhirat..insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Allah x pandang masa lalu. Mungkin sbb dia pernah lalui zaman jahiliah la dia tkut ank2 muda skrg yg suka percaya dan ikut membabi buta tanpa mengkaji dan menyelidik. Ustaz don merupakan penyampai dakwah dan juga manusia, bukannya dia x pernah buat silap. Xsalah kalau dia cek balik dgn org lebih berpengalaman. Itu juga ilmu bagi ustaz :) saya yakin ustaz boleh terima dengan baik teguran ni :) jgnlah kita ni pulak yang melebih2 dalam menilai orang
      Notetomyselftoo:)

      Delete
    2. Setuju sgt dgn saudara hafiz razali...

      Delete
    3. Btol sye juga setuju dgn saudara sbbnye mse lalu seseorg tidak boleh jd kayu pengukur utk dia memberi komen...adakah dia tidak layak utk berhujah???

      Delete
  5. Saya setuju dgn teguran wardina, smua kita ni makhluk, akn wat silap n penah wat silap.. Jadi, bila ada yg mnegur, sama2 kita lihat balik kebenarannya... Itu jer. Ramai ulama' d tv skrg berhujah guna logik, sdgkn islam itu hujahnya hnya pd al quran n hadis2 sahih.... .

    ReplyDelete
  6. kita xperlu jump to conclusion lagi.. sama kes dgn isu penduduk yg buat laporan polis berkenaan dengan speaker yg kuat di masjid berdekatan rumah nya.. semua duk kecam n buat conclusion dr awal... biar pihak berwajib siasat.. tp for me... mmg hidup ni perlu balance and check... dlm business pun perlukan persaingan... dlm politik pun perlukan pihak lawan... supaya ada continous improvement...
    http://luzonsavana.blogpsot.com

    ReplyDelete
  7. kot ye pun nak tego kan jgn laa dibentang dlm fb... mmg ustaz pun ada yg tersilap tersyasyull..nama pun manusia kan...cara ulama tegur ulama pun ada caranya... contohnya...dlm gurauan,,yakni ianya tidak membuka aib seseorang itu...wallahualam...

    ReplyDelete
  8. Kita org yg xde ilmu sila DIAM, jgn nk judge para ALIM ULAMA, ko sape dia sape...Ustaz Don sblum dia memulakan ceramah pasti dia memikir apa yg hndk dismpaikan bukannya membabi buta mcm kita bila ckp...lgpun apa yg Ustaz Don ceramah dia merujuk kpd Para alim Ulama, jarang aku melihat Ustaz2 yg berceramah merujuk kpd Tok2 Guru mereka...aku mls nk ckp byk ngan org yg suka condemn para Ulama...fed up aku la nk dgr...mudah cerita kita org awam senyp tutup mulut berdoa supaya org yg suka menghenta para alim ulama diberikan hidayah !!

    ReplyDelete
  9. Jgn bnyk ckp la,dgr dulu p'jelasan ustz don,wardina ni bukn btol sgt pon

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, nak bagi pendapat jugak.
    Sebelum tu kan wardina dah cakap yg dia bukan orang alim, tu sebab die mintak mufti2 lain suruh kaji balik ape yg disampaikan ustaz don tu. Kalau kite sebagai penyampai ilmu kenalah, make sure yg ape yg kite sampaikan tu sahih. Takkan lah nak ajar orang benda tak betul pulak kan?
    Sekarang ni, banyak je kitab2 yang palsu yang dijual kat pasaran. Banyak yang isu2 nye telah diolah lain. Tu sebab kena make sure betul2 yang kitab tu sahih. Sori kalau ade salah silap kat mana2. Wallahualam :)
    Tegur jugak kalau ade yang tersilap.

    ReplyDelete