Kanak-kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga The Gardens
Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang hari ini (31 Mei).
Mangsa bernama Nurul Emielda Nadia Sallehuddin dipercayai tergelincir berhampiran tangga eskalator menuju parkir.
Nurul Emielda yang jatuh ke tingkat bawah pusat beli belah mengalami kecederaan parah di belakang kepala dan segera dibawa ke hospital menggunakan ambulan namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, kanak-kanak tahun satu ini datang ke Garden dan Mid Valley bersama ibu bapanya. Bapanya terlepas pandang dan tiba-tiba terlihat anaknya jatuh ke aras bawah (ground).
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian ini.
Gambar tempat kejadian yang diambil oleh pengunjung kini beredar di media sosial.
Mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Kepada para ibu bapa, awasilah anak-anak anda untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
0 comments:
Post a Comment