14:07 0

Abby Abadi Dah Bercerai 2 Kali Dengan Farhan

Abby Abadi Dah Bercerai 2 Kali Dengan Farhan

Abby Abadi kini sah bercerai dengan Farhan. Ekoran kes penceraian ini, Abby Abadi akhirnya bersetuju menceritakan kisah sebenar.

Abby berkata beliau sebenarnya sah bercerai dan Farhan telah pun 2 kali melafazkan ungkapan cerai buat Abby Abadi.

Penceraian pertama, Abby dan Farhan telahpun kembali rujuk.

Lafaz Pertama

Lafaz pertama dibuat oleh Farhan dengan memberitahu kawanya di dan Abby sudah bercerai. Namun mereka mendapat nasihat dari pakcik Farhan dan kembali rujuk.

Ini kata-kata Abby:
"Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak.

"Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah,"

Lafaz Kedua

Lafaz kedua pula dibuat oleh Farhan melalui SMS. Dalam SMS Farhan menulis "Aku ceraikan kau" dan diikuti "Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku" pada 9 Mei lalu.

Ini kata-kata Abby Abadi:
"Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya.

"Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej,"

Takziah buat pasangan ini. Semoga tabah dengan dugaanNya.


0 comments:

Post a Comment