Abby Abadi Failkan Penceraian Dari Farhan
carian:abby farhan cerai
abby fail penceraian
abby bercerai lagi
Ya Allah sedih apabila mendengar kisah terbaru ini. Melalui Utusan Malaysia, dikhabarkan pelakon Abby Abadi akan menfailkan penceraian dari suaminya Farhan esok hari.
Setelah banyak meluahkan rasa hati di laman insta (baca luahan abby di sini), Abby Abadi kini menfailkan pula penceraian dengan suami barunya Farhan.
Ini laporan penuh Utusan:
Pelakon Abby Abadi dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pagi esok.
Utusan Online difahamkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Farhan setelah usaha menjernihkan rumah tangga yang baharu dibina itu tidak dapat diselamatkan lagi.
Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.
Minggu lalu, Abby seolah-olah telah membayangkan masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama Farhan apabila meminta agar para peminat mendoakan supaya keadaan rumah tangganya supaya menjadi lebih baik.
"Doakan yang terbaik buat kami, untuk yang terakhir kali," demikian antara tulisan Abby di laman sosial Instagramnya.
Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. - UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment