21:11 0

Asal-Usul Minuman Milo Yang Korang Tak Tahu


Asal-Usul Minuman Milo Yang Korang Tak Tahu


Dalam kisah legenda mitos Yunani kuno, dikisahkan hidup seorang atlet bernama Milon. Kekuatan, kehebatan dan kegigihannya dalam setiap pertarungan sememangnya memeberi inspirasi. 

Milo of Croton ini terkenal kerana kehebatannya dalam perlawanan gusti di Sukan Olimpik Greek dan dikatakan telah memenangi sebanyak 6 kali.

Memang sesuai sangat bagi nama Milo, baru la orang yang meminumnya kuat tenaga dan bersukan. 

Milo juga dikaitkan dengan seorang lagi orang hebat iaitu Pythagoras, seorang ahli matematik yang rumusnya masih kita belajar sampai sekarang, kerana menyelamatkan pythagoras ketika bumbung rumahnya hampir runtuh dan berkemungkinan berkahwin dengan anak pythagoras, Myia. 

Nama itu kemudian diadaptasi menjadi Milo, minuman energi untuk kekuatan dan tenaga setiap hari. Milo dibuat dari bahan alami bernutrisi, kaya vitamin dan mineral.

Minuman ini dicipta oleh Thomas Mayne seorang pekerja kimia industri di NESTLE dengan menggunakan kemahirannya dalam kegunaan susu serta koko. Beliau bekerja di Sydney, Australia & tarikh tepat mengatakan beliau mencipta Milo pada 1934. 

Tahun 1934, Milo dilancarkan pertama kali di Australia dan kemudian tersebar ke serata dunia.




0 comments:

Post a Comment