Searching...
13:12 0

Bukan Janda Murahan, Orang Psiko Saja Buat - Rita Rudaini

Bukan Janda Murahan,  Orang Psiko Saja Buat - Rita Rudaini

10 Artis bergelar janda telah difitnah dengan penyebaran nombor telefon palsu kononnya milik janda-janda cantik. Penyebaran nombor telefon palsu ini berlaku di laman sesawang dan juga aplikasi smartphone wechat dan whatapp

Selain Rita, sembilan lagi selebriti yang menjadi mangsa adalah aktres Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan penyanyi Fauziah Latiff.

Ini kata-kata Rita Rudaini:

“Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class (kelas bawahan). Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.

“Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul,” katanya.

“Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada ada masa buat macam ini.

“Tapi bagi orang psiko macam ini mungkin dia puas tengok bila orang ketawa dengan mesej macam itu,” .

“Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua berfikiran panjang. Kalau yang berfikiran rendah tentu akan percaya dengan gurauan begini sebab sesetengah orang memang mudah percaya contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul,”.

Ini kata-kata Erra Fazira pula:

“Semoga Allah SWT membersihkan jiwa individu itu yang punya banyak kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan. “Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti, wallahualam,”.


0 comments:

Post a Comment