20:40 0

Eira Syazira Bergaduh Dan Tampar Pekerja Produksi


Eira Syazira Bergaduh Dan Tampar Pekerja Produksi


Pelakon yang boleh tahan popular, Eira Syazira telah dikaitkan dengan kes pergaduhan di set pengambaran.

Menurut satu sumber berita, pelakon wanita itu didakwa menampar salah seorang dari kru produksi ketika penggambaran telefilem Pulanglah Abah.

Kru dan pekerja terbabit mendakwa Eira atau nama penuhnya Syazira Shuhaimi menyerang dan memukulnya kerana tidak berpuas hati selepas ditegur akibat masalah audio ketika penggambaran berlangsung.

Bagaimanapun menerusi laporan myMetro, Eira menafikan dakwaan berkenaan. 

Eira berkata, dia terkejut dengan tuduhan kru yang dikenali sebagai Z itu dan mahu menyiasat secara terperinci mengenai perkara itu sebelum memberikan ulasan lanjut.

Kejadian berpunca apabila Eira ditegur dan diminta menguatkan suaranya ketika penggambaran kerana tahap audio untuk merakamkan suara aktres itu terlalu perlahan. 

Kejadian rakaman berlaku di sebuah restoran di Taman Melawati, Ampang. Akibat teguran itu, Eira Syazira menjadi marah dan mula memaki hamun sebelum menyerang dan menampar muka kru produksi itu.

Ini kata-kata Eira Syazira:
“Mengarut dan kelakarlah. Mana logik macam ini? Takkanlah saya seorang wanita boleh naik tangan pada lelaki pula? Saya tak nak cakap apa-apa dulu. Saya memang terkejut bila orang tuduh macam ini sedangkan saya tidak tahu asal-usul dan hujung pangkal perkara ini. Saya takut kalau benda ini sengaja dicetuskan dengan niat atau tujuan tertentu yang mahu mengaibkan atau mencalar reputasi saya sebagai selebriti,” 

“Kalau dia betul-betul ada benda tak puas hati kenapa tak berjumpa saya dan suami? Kenapa pula bawa cerita macam ini terhadap saya? Saya dan suami akan siasat benda ini. Kalau tak berasas, saya sedia berdepan dengan dia nanti,” katanya selain berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki itu jika tuduhannya tidak sahih.


0 comments:

Post a Comment