Enot Hidap Kanser Usus Tahap 2
Enot merupakan pelakon dan pelawak dan pernah menyertai pertandingan Masterchef.
Kini Enot kian sepi dari televisyen. Hampir setahun kali terakhir Enot muncul dan berlakon di dalam drama atau filem.
Rupa-rpanya Enot kini sedang menderita penyakit kanser usus tahap kedua.
Kata Enot dia sama sekali tidak akan menjalankan rawatan kemoterapi atau pembedahan. Baginya, selagi mampu diikhtiar secara tradisional, dia akan tetap mencuba.
Ini kata Enot:
“Saya menghidap kanser usus Stage 2. Dah hampir setahun. Saya tidak akan buat kimoterapi kerana majoriti family saya meninggal kerana chemo. Saya cuma gunakan rawatan kampung. Hanya ada satu saja penawar untuk kanser iaitu semangat. Bila patah semangat, rosak semuanya,”
Enot bersyukur kesihatannya kini dikatakan beransur baik. Malah sudah mampu melihat beberapa perubahan yang berlaku pada dirinya.
Didie Aliasa turut membantu dengan merekemen produk kesihatan kepada Enot. Semoga Enot sihat sentiasa. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment