17:10 18

Fizo Cerita Kisah Isteri Tertekan Dan Kehamilan


Fizo Cerita Kisah Isteri Tertekan Dan Kehamilan


Pelakon Fizo Omar kini hampir 6 bulan berkahwin dengan usahawan tudung popular, Mawar. Namun ternyata belum ada rezeki buat pasangan ini menimang cahayamata walhal Fizo sememangnya amat suka dengan kanak-kanak.

Ad doktor menasihati pelakon Fizo Omar dan isterinya iaitu Mawar Abdul Karim, 25, agar tidak berada dalam keadaan tertekan sekiranya mereka berhasrat untuk mendapat anak.

Pasangan ini tidak dibenarkan untuk kuat bekerja kerana jika tertekan kerana bekerja merupakan antara penyumbang sukarnya seseorang isteri itu hamil.

Ini kata-kata Fizo:
"Saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan minta nasihat doktor bagaimana isteri saya boleh mempercepatkan kehamilan. Seperti tempoh perkahwinan kami yang baru enam bulan ini doktor menasihatkan beberapa perkara terutama posisi ketika bersama perlu betul.

"Jika gagal juga barulah dia akan panggil kami berdua untuk langkah seterusnya. Insya-Allah bulan depan kalau tiada apa-apa lagi (hamil) kami akan ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut," 

"Saya memang mahu anak. Kalau boleh kembar kerana saya ni sangat suka budak kecil. Saya sudah berjaya yakinkan Mawar untuk bersedia juga walaupun pada awalnya dia tidak mahu.

"Dia mungkin kurang suka budak kecil, namun melihat keinginan saya dia pun setuju untuk ada anak tetapi belum lagi rezeki kami," 

"Mawar ada masalah kesihatan apabila kitaran haid dia tidak teratur yang mungkin disebabkan terlalu sibuk selain mengalami tekanan kerja.

Tambah Fizo, kesihatan dan kesibukan isterinya menjadi faktor penyumbang untuk sukar mengandung. Mereka berkahwin pada 10 November 2013.



18 comments:

  1. Tak perlu cerita keburukan mawar kat public. Tak untung apape pun. Mengaibkan isteri tu je. Nobody's perfect & it's a teamwork korang nak dptkan baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko mesti peminat fareeda kan

      Delete
    2. Yup i agree is too personal to share...as ladies we would like to have a privacy as well.Men's please understand

      Delete
  2. tu la kan..buat pa nak cerita detail sangat..cakap ja belum ada rezeki n kami sedang berusaha..ni duk cita detail sangat nanti ada la orang mulut jahat reka-reka cerita lain..mengaibkan isteri dah ni...

    ReplyDelete
  3. nasib baik x ckp posisi apa yang dia buat....awt bodoh sgt...konon 2 suci murni ar x thu benda2 cam tu...

    ReplyDelete
  4. Perempuan yg 'mungkin kurang suka budak kecil', mungkin susah dpt anak.

    ReplyDelete
  5. Fizo sndri memberi tekanan pada isteri supaya cepat mengandung..sy sudah berkahwin 2thu. alhamdulillah suami tidak memberi tekanan seperti fizo wlupn kami sgt2 inginkn ank..ank itu kerja ALLAH....ALLAH lbh mengetahui..fizo seolah2 menyalahkan mawar sbb lmbt hamil..bg sy 6bulan kawin mmg msh awl....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup setuju.xperlu nk citer psl mawar xsuka bdk peot xteratur.awk suami kena jaga aib isteri.ce isteri yg citer hal yg cmtu kt umum mesti malu lg tertekan.sy fhm keinginan nk dptkn bby cpt sbb sy pn dh setahun lebih kawin tp xde rezeki lg.6 bln masih awal lg.

      Delete
  6. xhbs² ngn mngaibkan org si fizo smpi bni sndri pown ko buh lam media.. ap la nye mnusia.. lyk kew jd suami pde mawar .. bile dh xlaku nie la kjew dy cri publisti bia owg ingt ko.. bad attitude la bro.. ��

    ReplyDelete
  7. Rumors! Jangan percaya! Blog ni nak publisiti je lebih. Aku DOA sgt harap ko kena saman sebab dah memalukan FIZO dan Mawar. Hati2 wei aku cakap lu. Both of them tu orang bijak pandai. Xpasal2 jumpa dalam court

    ReplyDelete
  8. kalaula betul seperti yang dikatakan...
    kecik hati seorang isteri....
    sayapun de masalah kitaran haid tp elok je 2 anak setahun sorg lagi...
    belum ada rezeki bersabarla kalau terlalu mengharappun susah nak dapat

    ReplyDelete
  9. Toksah la ckp bni awk xsuka bdk kecik..Allah tu tau klu dh xsuka,wtpe Allah nk bg?

    ReplyDelete
  10. Is not that she dont like kids I thnk mybe the process of deliver...so Fizo I strongly believed 6 month too early la ...some even maried for 5 years then only get baby u noe..as human we can only work for it,rest depends on ALLAH....chillax la Fizo...Periodicity prob is normal among women nowadays but still can produce baby...the best is SABAR

    ReplyDelete
  11. sabarlah... ada rezeki nya nanti

    ReplyDelete
  12. entah ape2 leer diorg ni...

    ReplyDelete