Isu Harga Makanan Di KLIA2 Yang Cekik Darah
Di laman sosial telah tersebar satu resit makanan di sebuah kedai makan dengan harga yang mahal.
Harga Makanan Di KLIA2
Sememangnya makanan ala mamak style yang didalam resit lebih mahal berbanding makanan di kedai mamak lain, malah jauh lebih mahal dari mamak NZ dan Pelita area KLCC.
Kalau ikutkan harga tertera, maggi goreng ayam berharga RM21.80 untuk 2 pinggan, maknanya dalam RM11 sepinggan.
Ada juga yang menyarankan pengguna membuat laporan di persatuan pengguna jika tidak berpuashati dengan harga yang ditetapkan. Maklumlah barangan di airport memang sedia maklum mahal. Begitu juga di pusat bandar dan di tempat perlancongan, barang memang mahal melambung.
Penjelasan Di FB
Seorang pengguna FB telah memberi komen seperti dibawah:
Assalamualaikum. As one of klia2 ambassador, ingin saya maklumkan this cafe is not located in klia2. It is in Gateway@Klia2 which is operated by the other company (jv with MAHB). We, MAHB (specifically the team that incharged on those pricing matters) are aware of this issue. Our team is now working so hard to ensure the price offered by the tenants is similar (perhaps not too high) compared to downtown. Again, we are in the midst of working with the agency to ensure the price offered to our passengers is not that high. Wallahualam
Ini pula penjelasan seorang lagi pengguna FB:
Harga sewa di KLIA 2 sangat mahal. Tiada harga syiling untuk sewa bulanan ditetapkan oleh pihak MAHB. Formula sewa bulanan: berapa target jualan sebulan x berapa % dari sewa itu sanggup dibayar sebagai sewa. Contoh: saya buat proposal kepada MAHB. Saya target jualan harian saya ialah RM120 ribu sehari x 30 hari = sewa 3.6 juta sebulan. Saya sanggup bayar 20% dari jumlah total sales sebagai sewa sebulan kepada MAHB, iaitu RM720,000 sebulan sewa restoran saya.
Dah faham kenapa sewa mahal? Pendek kata kalau anda hantar proposal cikai2 setakat target jualan sehari cuma RM30 ribu, jumlah sales RM900,000 sebulan dan sanggup bayar 10% sebagai sewa bulanan yakni RM90 ribu, sorry lah, anda akan kalah tender sewaan restoran di KLIA2. Sistem sewa dibuat sedemikian rupa adalah untuk mengelak pemohon2 bertumbuk seperti berebut borang rumah PPRT ...... So, siapa berani gamble sewa paling mahal, dia lah dapat sewa kedai kat sana
Kesimpulan:
Kita jadilah sebagai pengguna yang bijak, sebelum makan check harga dulu. Kalau mahal tak perlu makan di situ.
0 comments:
Post a Comment