Makcik Samseng: 2 Wanita Serang & Pukul Jiran Kerana Komen Di Facebook
Kerana panas hati dengan komen di laman sosial Facebook, dua wanita masing-masing didenda Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menyerang jiran mereka, Februari lalu.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, menjatuhkan hukuman denda ke atas Maziah Samion, 31, dan Melor Abu Bakar, 51, yang mengaku bersalah memukul Saridah, 39.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin dekat sini, pada jam 10 malam, pada 21 Februari lalu. Mereka didenda RM1,500 setiap seorang.
Dalam kejadian itu, Saridah berkata tertuduh (Maziah & Melor) yang bercerita mengenai hal dirinya dan keluarga kepada penduduk, selain menuduhnya dengan perkara bukan-bukan.
Berikutan itu, tertuduh memukul, menarik rambut dan menampar pipi Saridah sehingga mulutnya berdarah. Dalam kejadian itu, Maziah turut menggigit tangan Saridah. Dah macam Suarez hehe.
Ini kata Majistret Izwan;
“Malu apabila jadi begini kerana anak sudah besar. Jika tidak dapat selesai cara baik, jumpalah penghulu atau sesiapa yang boleh membantu. Kamu sepatutnya cari cara lain, kalau ikutkan nafsu, memang beginilah akibatnya,” katanya.
Melur (kiri), Maziah (kanan) |
0 comments:
Post a Comment