10:54 0

Norman Hakim Komen Masalah Rumahtangga Abby Abadi


Norman Hakim Komen Masalah Rumahtangga Abby Abadi


Pelakon popular Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar dikatakan mengalami masalah sehingga ramai yang mengetahuinya.

Norman Hakim berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar.

Ini komen dari Norman Hakim:
"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?'

"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," 

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,"

Norman Hakim berharap semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan Abby Abadi dan Farhan. InsyaAllah semuanya selamat.


0 comments:

Post a Comment