07:30 0

Penyanyi Dipenjara Selepas Didapati Bersalah Rancang Cuba Bunuh Isteri

Penyanyi Dipenjara Selepas Didapati Bersalah Rancang Cuba Bunuh Isteri


Penyanyi dari kumpulan As I Lay Dying iaitu Tim Lambesis telah terbukti bersalah atas tuduhan merancang untuk membunuh isterinya.

Penyanyi metal itu menerima hukuman penjara selama 6 tahun oleh Mahkamah Wilayah California, di USA.

Berdasarkan laporan dari Rauters pada Sabtu, Tim terbukti memberi upah untuk membunuh isterinya bernama Meggan.

Bagaimanapun, rancangan komplot pembunuhan itu diketahui oleh pihak polis selepas dimaklumkan oleh individu tertentu yang membocorkan rahsia.

Kisah konflik pergaduhan bermula bermula ketika Tim Lambesis mengirim email kepada Meggan untuk memberitahu bahawa dia sudah tidak mencintai wanita itu dan ingin berpisah.

Isterinya membalas dengan mendakwa Tim Lambesisi telah curang dan Meggan juga tidak membenarkan lelaki itu menjaga ketiga-tiga anak angkat mereka.








0 comments:

Post a Comment