Searching...
08:27 1

Perbicaraan Kes Pengawal Keselamatan Bunuh Pegawai AmBank

Perbicaraan Kes Pengawal Keselamatan Bunuh Pegawai AmBank

Ini merupakan update terkini kes pembunuhan yang menjadi bahan bualan rakyat Malaysia. Kes pembunuhan pekerja Ambank ditembak kejam oleh seorang pengawal keselamatan.

laporan penuh:
Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan terdapat 35 saksi yang akan dipanggil sepanjang perbicaraan melibatkan kes bunuh kakitangan Ambank Subang Jaya, Oktober tahun lalu.

Senarai itu dikemukakan kepada mahkamah oleh Ketua Unit Pendakwa Negeri Selangor, Mohd Azari Harun.

Antara saksi yang akan dipanggil memberi keterangan adalah ketua penyiasat, tiga kakitangan Ambank, penyelia pengawal keselamatan, jururawat dan pegawai forensik serta pegawai persenjataan.

Hakim, Datuk Akhtar Tahir mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan menentukan sama ada saksi memberi keterangan secara bertulis mahupun pemeriksaan lisan mengikut persetujuan bersama.

"Untuk senarai barang kes pula, ia perlu ditanda mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

"Salinan dokumen senarai barang kes hendaklah diserahkan kepada mahkamah pada hari ini," katanya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 23 sehingga 27 Jun depan.

La Ode Ardi Rasila, 37, didakwa membunuh Norazita Abu Talib, 37, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang di Bangunan Ambank,Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

La Ode turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Selain Mohd Azari, Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latif juga mengendalikan kes bagi pihak pendakwaan

S.Selvi yang dilantik kedutaan Indonesia sebagai peguam mewakili tertuduh manakala Ravin Jay bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.

La Ode tiba di mahkamah 11. 35 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis.


1 comments:

  1. Apa nak bicara lagi...gantong aje...buang masa...atau tembak kat kepala dia...uuuuhhhh

    ReplyDelete