Reaksi & Komen Zizan Razak Gagal Menang Trofi Anugerah Bintang Popular 2013
Dalam edisi ABPBH 2013, Zizan Razak telah dicalonkan dalam lima kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi di Layar Perak dan Artis Berpengaruh di Laman Sosial.
Namun, nampak gayanya rezeki tiada, Zizan Razak gagal memenangi sebarang anugerah kategori yang tercalon.
Jom baca luahan Zizan Razak:
“Bagi saya ini bergantung pada rezeki Allah dan juga usaha pengundi. Ini bukan pertandingan di mana kemenangan terletak pada calon itu sendiri, sebaliknya pengundi yang membuat keputusan selain Allah yang menentukan,”
“Saya tak ada masalah dengan perkara ini dan saya berbangga masih tercalon di ABPBH. Walaupun tak menang, sekurang-kurangnya masih ada nama saya di senarai pencalonan. Saya redha dan percaya apa yang berlaku ada alasan dan hikmahnya,”
"Alhamdulillah, sudah tercalon dalam lima kategori pun sudah dikira cukup bagus dan rasanya bukan kerana kontroversi saya gagal mendapat sebarang trofi kerana peminat hari ini sudah bijak menilai.
"Tambahan pula kontroversi yang melibatkan saya tidaklah seteruk mana sehingga ia mampu membuatkan peminat membenci saya,"
"Tanpa peminat saya tidak mungkin akan berdiri di sini pada hari ini dan sokongan tidak berbelah bahagi mereka membuatkan saya kuat dan bersemangat untuk terus memberikan terbaik dalam kerjaya saya,"
"Saya bangga dengan Aaron atas pencapaian mereka dan dia berhak menerima anugerah tersebut malah saya turut tumpang gembira dengan kemenangan sahabat lain seperti Datuk AC Mizal dan Jep Sepahtu," (sumber: myartis & mstar)
InsyaAllah nanti ada rezeki banyak lagi. Maklumlah baru sain kontrak dengan Astro. Masyukkkkk!
Berkenaan ABPBH 2013:
-keputusan penuh (klik sini)
-koleksi gambar artis fesyen SEKSA (KLIK SINI)
-koleksi fesyen artis di red carpet (klik sini)
Kesian zizan..tk pe jgn kcewa dan bersedih..masih ada rezeki yg lain..byk2 la berdoa pd allah maha besar apa ada dilangit dan di bumi..allahuakbar
ReplyDelete