"Saya Belum Ceraikan Izreen Azminda" - Suami
Berita terkini dari pihak suami. Muhamad Riza Baharuddin, seorang jurukamera bebas terkejut apabila dikatakan telah melafaz cerai terhadap isterinya,suami kepada Izreen Azminda di set penggambaran semasa berlakunya pertengkaran.
Muhamad Riza berkata, dia hanya memfailkan permohonan cerai di mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menuggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah. Dan mereka masih belum bercerai.
Ini kata-kata Riza kepada mStar:
"Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh lagi.
"Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi,"
"Berita itu sangat teruk sehingga mengambarkan saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana dengan melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya.
"Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dia juga dengan cara baik bukan seperti yang ditulis itu. Laporan itu tidak benar sama sekali,"
Berita Harian telah membuat laporan mengatakan Izreen telah diceraikan di lokasi pengambaran disaksikan kru dan pelakon lain (klik sini)
Namun didalam akhbar Berita Harian, Izreen sebelum ini mengiyakan hubungan mereka suami isteri sudah tiada lagi.
0 comments:
Post a Comment