Sharifah Shahira Alami Pendarahan Di Belakang Kepala Akibat Terjatuh
Pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terjatuh ketika menjalani pengambaran game show.Ini kata-kata Sharifah Shahira
"Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu tu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya jatuh terletang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku.
"Semasa jatuh tu saya masih sedar lagi. Tapi dalam masa beberapa minit tu saya terus tak ingat apa-apa. Sampai di hospital baru saya dapat ingat sikit-sikit apa yang berlaku sebelum itu"
"Sekarang pun masih bleeding lagi. Doktor tak jahit luka tu, dia cuma balut saja dan biarkan pendarahan tersebut berhenti sendiri. Saya pun dah jalani pemeriksaan X-ray, dan doktor beritahu setakat ini tiada apa-apa yang serius. Cuma kalau keadaan masih tidak berubah (masih terus bleeding), doktor suruh saya datang semula ke hospital",
"Doktor tak bagi saya cuci rambut selama empat hari. Saya kata pada doktor, saya kena cuci rambut sebab esok saya ada show dan ada banyak kerja saya perlu laksanakan. Tapi doktor tetap cakap tak boleh.
"Itulah yang saya sedang fikirkan ni macam mana nak buat dengan beberapa hal yang saya perlu laksanakan dalam beberapa hari ini. Dah doktor suruh MC kan... nak buat macam mana.
"Tapi inilah akibatnya kalau main game show pada waktu maghrib..."
Semoga Sharifah Shahira sihat sentiasa dan tidak alami komplikasi. InsyaAllah.
Berhati-hatilah dimanapun kita berada kerana perkara yang tidak diduga boleh melanda sekelip mata.
0 comments:
Post a Comment