Sharnaaz Beri Amaran Kepada Lana Nordin
Pelakon Sharnaaz memberi amaran kepada Lana Nordin agar tidak campur tangan dengan masalahnya dengan pasangan pelakon suami isteri Lisdawati dan Fauzi Nawawi.
Amaran itu dibuat kerana Lana Nordin didakwa cuba mencampuri urusannya dengan Lisdawati.
Menurut Sharnaaz, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan Lana dan Lisdawati kini berkawan baik. Mereka bersama-sama berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah, Jumaat lalu.
Ketika diminta memberi penjelasan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Lana Nordin menegaskan, perkara itu tidak pernah berlaku.
Katanya, Sharnaaz patut menunjukkan bukti dia mencampuri kemelut yang berlaku sebelum membuat sebarang tuduhan.
Ini katakata Lana Nordin:
“Hendak kata saya menghubungi dia untuk bertanya atau menyerangnya kerana bertindak demikian terhadap Lisdawati, tidak pula kerana saya tidak menyimpan nombor telefonnya. Mustahil saya mahu mencampuri urusan mereka. Secara logiknya, kenapa saya perlu bertindak demikian dan apa yang saya dapat."
“Tak perlu pening kepala memikirkan masalah orang lain kerana saya mahu menunaikan umrah. Banyak persiapan perlu buat. Kalau benar saya campur tangan, tunjukkan buktinya. Ada tak mana-mana artikel menyiarkan kenyataan saya mengulas persengketaan yang berlaku antara Sharnaaz, Lisdawati dan Fauzi."
“Kalau kata di akhbar tidak ada, boleh teliti dalam laman sosial Instagram dan Twitter saya. Ada tak saya beri komen membabitkan persengketaan mereka. Kalau jumpa, sila tunjukkan kepada saya.”
“Perkara ini bagi saya remeh dan tak perlu campur tangan kerana ia akan buat masalah kian berpanjangan. Beginilah, cari bukti dan teliti dulu sebelum petik nama saya. Adalah sangat tidak bagus jika nama orang yang tiada kaitan diseret sama kerana ia memberi gambaran negatif kepada individu berkenaan di kemudian hari.”
Lana Nordin berkata dia tak suka mencampuri urusan orang lain dan kes pergaduhan Sharnaaz dan Lisdawati tiada kena mengena dengan dirinya.
0 comments:
Post a Comment