09:04 0

TAKZIAH, Aziz Sattar Meniggal Dunia


Takziah buat keluarga: Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia


Datuk Abdul Aziz Sattar, 89 tahun, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Ini kata-kata anak Aziz Satar:
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital,"

Gandingan Abdul Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak paling popular sehingga masakini.

Mari sedekah Al-Fatihah dan Doakan untuk beliau.



0 comments:

Post a Comment