Tasha Shilla Masuk Gelanggang Tinju Bersama Kekasih
Pelakon popular Tasha Shila hadir di gelanggang tinju yang mana kekasih hati bertatunya, Han bertarung dalam pertandingan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall.
Kali ini Tasha bukan sahaja duduk di tempat penonton tapi naik di gelanggang sebagai corner women yang memberi semangat ketika petinju berehat setiap pusingan.
Tasha memberi kata-kata semangat kepada kekasihnya apabila Han berehat.
ini kata-kata Han:
"Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung. Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu,"
Ini kata-kata Tasha sebagai corner women:
"Setiap pusingan akan ada waktu rehat selama lima minit dan peluang itu saya gunakan untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk perlawanan seterusnya. Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya,"
Han menang perlawanan itu dan layak ke peringkat suku akhir Jun nanti.
Tatu jantan tu..minah tu pun gedik habis madu sepah dibuang..x pcya mat mat asing ni..
ReplyDelete