Searching...
11:11 0

2 Ekor Ikan Dijual RM2,950

Ikan empurau dijual RM2,950 

Seorang petani di sini tidak menyangka mendapat rezeki apabila dia berjaya menangkap dua ekor ikan empurau. 

Ikan empurau merupakan ikan yang digelar 'raja' sungai Sarawak. Ikan itu ditangkap di Sungai Silat di sebuah penempatan masyarakat Kenyah di Long Silat, Baram.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang telah membeli kedua-dua ikan empurau seberat 3.5 kg dan 2.4 kg itu dengan harga RM2,950. 

Ikan empurau atau nama saintifiknya Tor tambroides dan dianggap sebagai ikan untuk orang yang kaya itu dijual dengan harga RM500 sekilogram. Itu sememangnya harga standard untuk ikan mewah tersebut.



0 comments:

Post a Comment