10:49 0

Abby Abadi Dedah Kronologi SMS Farhan Dengan Gadis Lain

Abby Abadi Dedah Kronologi SMS Farhan Dengan Gadis Lain


Dalam satu laporan dari Murai.com, ketika di mahkamah semalam, Abby Abadi telah memaklumkan berlaku SMS antara Farhan dengan seorang gadis lain.

Abby telah memaklumkan pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit Farhan dengan seorang wanita yang berjaya diketahui Abby pada bulan Januari tahun ini. 

Abby Abadi telah memeriksa telefon bimbit milik Farhan dan terbaca rantaian SMS tersebut.

Ini kata-kata Abby Abadi ketika di tanya wartawan tentang SMS itu:
“Saya tidak mahu komen berkenaan itu kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa. Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh”

Walaubagaimanapun Farhan akui menghantar SMS kepada gadis lain tapi sebagai kawan sahaja

Kata Farhan:
"Gadis yang dimaksudkan hanya rakan sahaja. Faktor umur yang jauh bukan antara punca kami berpecah. Saya juga jarang ke Cyber CafĂ©, karaoke dan melepak" 

Ada juga bukti yang Abby TAK DERA Farhan (bukti di sini)

0 comments:

Post a Comment