Searching...
13:13 0

Afiq Muiz Nak Lempang Eina Azman

Afiq nak lempang Eina?


Pelakon Afiq Muiz sudah berbaik dengan ibunya, Hasliza Mohd yang dipanggil ‘umi’. Tahun lepas Afiq Muiz bergaduh besar dengan "Umi"nya dan Eina turut masuk campur.

Nama Afiq dan pelakon Eina Azman yang turut di senarai hitam daripada berlakon dengan produksi mereka.

Ramai pihak tidak dapat terima kebiadapan seorang anak kepada ibu kandung sendiri. Afiq Muiz mula kurang mendapat tawaran berlakon ekoran kes itu.

Itulah balasan dari Tuhan nak tutup rezeki apabila menderhaka pada ibu.

Yang terbaru kini Afiq Muiz dan uminya memang sudah berbaik malah boleh dikatakan tidak berenggang lagi. Baguslah macam tu, syurga di bawah tapak kaki ibu.

Ini antara petikan dari wartawan bernama Cik Pang:
Ada pihak produksi bercerita pada Cik Pang, jadual penggambaran Afiq mesti tidak boleh terlalu lewat malam. Alasannya, umi Afiq dah masak untuk makan bersama-sama sekeluarga, jadi Afiq perlu balik awal sebaik saja selesai penggambaran.

Dalam kemanisan kisah Afiq dan uminya, kawan Cik Pang ada juga cerita dua beranak ini memang dah berbulu dengan Eina. Malah Afiq dikatakan pernah keluar ayat kalau dia dan umi nampak Eina, memang akan lempang.


Wah, lempang buaya ke dik? Nampak sangat marahnya Afiq dan uminya pada Eina. Nak kata Cik Pang propa tidak juga, sebab Cik Pang pernah terdengar perbualan Afiq dengan seorang PR artis yang tidak akan datang ke acara hiburan kalau Eina turut hadir.


Apa sebab sampai nak lempang anak orang, Cik Pang pun tak pasti. Nak tahu lebih, kenalah tanya Afiq sendiri. 


Itulah kisah terkini Afiq Muiz Dan Eina Azma.


0 comments:

Post a Comment