Ajak Shiro Dirompak, Jep Sepahtu Datang Tolong
Ajak Shiro telah dirompak oleh sekumpulan pencuri amatur apabila mereka mencuri barang-barang ketika Ajak Shiro sekeluarga berada di dalam rumah.Ajak memberitahu tiga orang pencuri menaiki lori Isuzu cuba mengambil dan melarikan barangan katering yang disewa dan diletakkan di belakang rumah, Barag tersebut digunakan untuk majlis pertunangan adiknya.
Ini kata-kata Ajak Shiro:
"Mujurlah ibu saya perasan ada orang di belakang rumah mengambil barangan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.
"Selepas mendengar jeritan ibu, mereka berhenti mencuri dan terus lari. Saya pula terus mendapatkan kereta saya untuk mengejar mereka.
"Bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli,"
"Saya tak sangka Jep pun sanggup turun padang mahu membantu saya. Apa-apapun saya anggap ia sebahagian pengalaman yang tidak akan dilupakan kami sekeluarga,"
Ajak baru sahaja membeli kereta jenis Honda Accord dan ianya rosak teruk selepas mengejar pencuri tersebut.
Aka juga telah membuat laporan polis Balai Polis Kulai dan di Skudai.
Dalam pada itu, pelawak Jep Sepahtu turut berada di tempat kejadian untuk membantu Ajak Shiro sekeluarga. /mStar/Kosmo/
0 comments:
Post a Comment