16:37 1

Apa Kes? Ada Apa Dengan Fasha Sandha Dan Nora Danish

Apa Kes? Ada Apa Dengan Fasha Sandha Dan Nora Danish


Kini di laman sosial seperti kecoh sikit apabila tercetus perasaan marah oleh pelakon yang sedang mengandung iaitu Fasha Sandha.

Apa yang marah sangat ni, apa kes? Ini kerana tindakan beberapa follower tegar yang memberi komen peribadi yang negatif dan membandingkan Nora Danish dan Fasha Sandha.

Sehingga ada yang mengungkit kisah lalu dan mengatakan Fasha Sandha perampas. Ada juga yang berkata Fasha Sandha dan keluarga Jejai tak baik dan ada juga membandingkan Nora Danish lagi mesra dengan keluarga Jejai.

Hati mana yang tak marah dengan tuduhan seperti itu, Fasha Sandha amat berang dan membalas komen-komen negatif tersebut.

Ini kata Fasha Sandha:
“Saya berangapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial. Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya,”

Jom lihat sedikit komen-komen:






1 comments: