20:06 1

Dah Setahun, Anak Diana Dan Farid Masih Belum Berjumpa Neneknya

Dah Setahun, Anak Diana Dan Farid Masih Belum Berjumpa Neneknya

Farid Kamil dan Diana Danielle gembira dengan kehadiran Muhammad yang dikatakan lahir sekitar Julai 2013.

Walaupun terdapat kontroversi yang mana ada pihak mendakwa anaknya itu lahir pada bulan Mei 2013 dan Diana ke Australia hanya sebagai kisah cover.

Namun itu hanyalah kontroversi dan gosip semata-mata.

Kini Muhammad hampir setahun umurnya namun masih ada satu lagi kisah kontroversi belum selesai iaitu krisis ibu Diana Danielle, Norsiah.

Diminta mengulas isu ibu Diana, Norsiah yang masih belum bertemu Muhammad, Farid mengakui dia tidak ada masalah jika ibu mentuanya ingin bertemu dengan cucunya itu.

Ini kata-kata Farid mkepada Metro:
“Sebenarnya, saya tidak ada masalah untuk membawa Muhammad bertemu dengan neneknya." 

"Malah, saya ada berbincang dengan Diana mengenai perkara itu, namun Diana sendiri memberitahu dia belum bersedia untuk berjumpa dengan ibunya itu."

“Insya-Allah, kalau ada rezeki pasti Muhammad akan bertemu juga dengan neneknya nanti,” 

Diharap cepat-cepatlah bawa Muhammad berjumpa neneknya Norsiah tu. Semoga krisis ini selesai, semua pun happy. :)


1 comments:

  1. Apa lah dosa ibu yg mengandungkan...melahirkan dan membesarkan kita....kini kamu adalah seorang ibu....renung2 kan lah sendiri...

    ReplyDelete