10:01 0

Elfiro Loy Dirasuk Dan Histeria Ketika Pengambaran

Elfiro Loy Dirasuk Dan Histeria Ketika Pengambaran 


Elfira Loy didakwa dirasuk dan alami histeria ketika menjalani penggambaran drama di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

3 pelakon iaitu Elfira Loy, Afiq Muiz dan Mikael Andre keluar minum di kedai makan selepas selesai penggambaran. Ketika berborak, Mikael berkongsi cerita mengenai pe­ngalaman ngerinya sewaktu menjalani penggambaran filem hantu.

Sewaktu rancak berborak, Elfira Loy dikatakan mula menunjukkan rasa gementar dan takut, tapi mereka masih berborak tentang kisah hantu.

Apabila pulang di hotel, kekecohan berlaku apabila Elfira dikatakan mengalami histeria dan menjerit-jerit ketakutan. Perkara itu berlanjutan hinggalah mereka memanggil ustaz berhampiran untuk memulihkannya.

Sebaik tersedar, Elfira Loy langsung tidak ingat satu pun perkara yang berlaku kepada­nya dan hanya merasakan tubuhnya sangat lemah.

Ramai pihak tidak tahu apakah Elfira terbawa-bawa kerana terlalu menghayati kisah hantu diceritakan Afiq dan Mikael atau dia sememangnya lemah semangat sehingga memudahkan entiti makhluk harus merasuk tubuhnya.

Apa yang berlaku sebenarnya, Wallahualam! Hanya Tuhan lebih mengetahui. Tetapi sehingga kini, Elfira disahkan dirasuk ketika itu.


0 comments:

Post a Comment