10:56 0

Gambar Kekasih Baru Lana Nordin, Mas Khan

Gambar Kekasih Baru Lana Nordin, Mas Khan


Pelakon baru, Mas Hidzhir Khan atau lebih mesra di sapa Mas Khan kini bakal menjadi tumpuan kerana disahkan sebagai keasih baru Lana Nordin.

Dalam satu temubual, Lana Nordin akui kini sedang berpacaran dengan Mas Khan dan sudah bersama hampir sebulan.

Ini kata-kata Lana Nordin kepada mStar:

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya,


"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.


"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya,"


Mas Khan kini berusia awal 20an dan merupakan pelakon yang sedang meningkat naik. Antara lakonannya ialah dalam drama Gerak Khas. Mas Khan juga kini sedang menjalani pengambaran bersama Lana Nordin untuk filem 'Biasan'.

Lana Nordin juga akui antara punca dia rapat dengan lelaki itu juga adalah disebabkan mereka bergandingan dalam filem ini.

Semoga hubungan Lana Nordin dan Mas Khan berkekalan. :)








0 comments:

Post a Comment