21:19 0

Gambar Kemalangan 5 Kereta Melibatkan Pelakon Zara Zya

Gambar Kemalangan 5 Kereta Melibatkan Pelakon Zara Zya


Kemalangan jalanraya yang melibatkan 5 kereta telah berlaku di port Dickson semalam di mana salah satunya milik kereta Zara Zya.

Zara Zya telah singgah makan di sebuah kedai pada waktu awal pagi, dan secara tiba-tiba sebuah kereta telah merempuh 4 buah kereta termasuk kereta milik Zara Zya.

Dentuman amat kuat hingga mengejutkan orang ramai yang terus mengerumi tempat kejadian. Kereta Honda prelude bewarna biru telah terbabas dan melanggar 4 kereta yang lain.

Kereta Suzuki Swift milik Zara Zya turut dilanggar menyebabkan remuk teruk.

Zara Zya memberitahu remuk hatinya melihat keadaan kereta Suzuki tersebut namun bersyukur kerana tidak berada di dalam kereta.

Kata Zara Zya: Remuk hati, tapi alhamdulillah panjang umur saya and kawan2. Kalau kami dalam kereta masa tu, tak tau la nak cakap apa..

Zara juga memberitahu kereta itu sedang berlumba ketika itu dan terbabas. Saksi kejadian berkata kereta Honda itu dipandu laju dan merempuh kereta termasuk, Pesona, Hilux, Kancil dan kereta Zara Zya.

Gambar di bawah:

Siapa ada INSTAGRAM jom follow: (klik sini)




0 comments:

Post a Comment