16:15 0

Khairy Jamaluddin Menangis Permohonan Cuti Ditolak PM Najib

Khairy Jamaluddin Menangis Permohonan Cuti Ditolak PM Najib


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenalai denga nama KJ dilihat berbalas Tweet sebentar tadi dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri  Najib Abdul Razak di laman sosial Twitter. 

KJ di dalam tweet terbarunya menulis: "Pengajaran bagi semua yang mahu kelentong boss masing2 semasa World Cup" 

KJ dilihat menggunakan emoji muka menangis kerana permohonan cuti ditolak olem PM Najib.

Kisah ini bermula apabila KJ mencuba nasib meminta cuti dari PM kerana badan sakit, tak boleh bangun sejak semalam dan akan menghantar slip cuti Medical Certificate (MC) pada hari esok. 

Haha jangan risau. Ini tak lain tak bukan adalah seloroh dan melawak sempena World Cup kerana memang ramai yang kini demam bola dan minta cuti. Haha

Telatah mesra Khairy Jamaluddin dan Perdana Menteri sememangnya melahirkan suasana yang melucukan selain respom positif dari orang ramai.




0 comments:

Post a Comment