Melampau Betul: Pekerja Restoren *CabuI Kanak-kanak
Ini merupakan satu lagi kes yang agak mengejutkan. Admin terbaca kes ini di portal SinarHarian dan bengang dengan perilaku pekerja restoran.
Seorang ibu terkejut apabila dua orang pekerja warga asing sebuah restoran disyaki rstoran mamak,dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air. Kejadian in iberlaku di Seremban.
Ibu kepada anak perempuan yang menjadi mangsa berkata dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun. Mangsa, anaknya yang sulung turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.
Ini kata ibu berkenaan:
“Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.
“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,”
“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut.
“Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,”
Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.
Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.
Di laman sosial Facebook, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek mula disebarkan dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku. (sumber: SINAR)
p/s: ramah sangat pekerja ni, agak-agak la peluk anak orang.
0 comments:
Post a Comment