13:11 2

Nabil Akui Pernah Bercinta Dengan Neelofa

Nabil Akui Pernah Bercinta Dengan Neelofa


Nabil akui dalam satu temubual dengan wartawan bahawa beliau pernah bercouple dengan Neelofa tak lama dulu. Umum mengetahui kini Neelofa telahpun berpisah dengan Hans Isaac dan kembali solo.

Ahmad Nabil Ahmad Mahir yang kini berumur 26 tahun atau mesra disapa Nabil, mengakui Neelofa yang dipanggil Lofa pernah berada dekat dalam hatinya.

Hubungan in berlaku sebelum mereka berdua bergelar selebriti, kira-kira 5 tahun dulu.

Ini kata kata Nabil

“Antara saya dengan Lofa, semua itu cerita lama lima tahun lalu. Sekarang kita fokus dengan kehidupan masing-masing. Pembabitan saya sebagai pengacara juga tidak kaitan dengannya.

“Sebaliknya meraih peluang yang diberikan kerana sebelum ini saya banyak menumpukan pada komersial sejak 2006 jadi saya terfikir kenapa tidak mencuba sesuatu yang lebih mencabar tambahan pula kepercayaan itu sudah diberikan pihak Astro. Lagipun bidang ini jika betul jalannya, boleh menjadi satu bidang menguntungkan.


“Pada majlis pelancaran program hLive! tidak lama dulu, saya sendiri menemubual Lofa dan semua berjalan dengan baik kerana masing-masing profesional.


“Saya berharap tiada yang mengaitkan kami lagi kerana saya sendiri ketika ini sedang mengenali hati budi seseorang dan mengungkit kisah lama kami itu rasanya tidak manis buat kedua-dua pihak,”


Nabil Ahmad Mahir kini merupakan salah seorang pengacara hLive! yang seakan-akan E! news versi Malaysia.

Nabil Ahmad Mahir merupakan anak teruna kepada Dato Mahir dan pernah terlibat dalam beberapa iklan TV seperti Vitagen dan Pizza Hut.

p/s: Ini bukan Nabil Ahmad Raja Lawak tau !!



Gambar Adik beradik Neelofa yang COMEL (KLIK SINI)






2 comments: