11:55 0

Pelakon Popular Ditahan Sebab Maki Polis

Pelakon Popular Ditahan Sebab Maki Polis


Seorang pelakon popular telah ditahan pihak berkuasa apabila memaki dan menghina polis serta menyebabkan gangguan.

Pelakon gred A Hollywood, Shia LaBeouf kini ditahan polis di sebuah studio di Los Angelas. 

Pihak polis menerima laporan tentang kelakuan luar batasan aktor tersebut di studio terbabit dan pengawal keselamatan telah pun mengarahkan Shia LaBeouf untuk beredar namun dia enggan berbuat demikian. 

Kemudian Shia LaBeouf itu menjadi tidak terkawal dan mula mengeluarkan perkataaan lucah sehingga mengganggu ketenteraman orang awam.

Selepas Shia terus memaki polis, dia ditahan dan dibawa pergi oleh pihak polis. Kini pelakon ini masih dalam tahanan polis untuk tindakan dan dijangka dibebaskan hari ini apabila diikat jamin.





0 comments:

Post a Comment