10:38 0

P.Ramlee Paras Kaki Je - Sharnaaz Ahmad

P.Ramlee Paras Kaki Je - Sharnaaz Ahmad


Satu status kontroversi telah dicipta oleh pelakon Sharnaaz Ahmad apabila mengatakan legenda P.Ramlee setakat paras kaki sahaja.

Peminat yang melihat status itu terkejut walaupun Sharnaaz hanya berkata kiasan membandingan P.Ramlee dengan ayahnya.


Ramai tertanya-tanya kenapa perlu merendahkan martabat ayah orang lain jika ingin memuji ayah sendiri. Ini jawapan Sharnaaz


Kata Sharnaaz:

"Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak.  "Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami.  "Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja," "Bapa saya baru sahaja menjalani pembedahan di kepala bagi membuang ketumbuhan di otak baru-baru ini. Dia sudah lama menghadapi penyakit itu. "Ini merupakan pembedahan keduanya, sebelum ini pembedahan pertama ketika saya dilahirkan, saya kagum dengan kekuatan dia melawan penyakit sambil membesarkan kami adik-beradik," 

Ayah Sharnaaz, Basir Ahmad kini mengalami ketumbuhan otak dan sedang bertarung dengan penyakit itu.


Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua berkata, dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka terhadap apa yang Sharnaaz tulis itu kerana ianya adalah pandangan peribadinya.


Ini kata Najua, anak kepada Nasir P.Ramlee:

"Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaan orang ramai tentang Allahyarham. "Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,”




Ditulis oleh: 
-YUYA-
www.instagram.com/yuyaliyana
www.twitter.com/yuyaliyana
.....................................

0 comments:

Post a Comment