11:30 17

Rita Rudaini Penipu Besar, Aidil Cerita Kisah Sebenar

Rita Rudaini Penipu Besar, Aidil Cerita Kisah Sebenar


Semalam Rita Rudaini ada membuat kenyataan bahawa Aidil Zafuan langsung tak jenguk anak-anak lepas kahwin baru dan Zarema Zainal dikatakan "block" komunikasi antara Aidil dan Rita.

Baca kisah di sini (BACA SINI)

Wartawan mStar telah dihubungi oleh Aidil Zafuan untuk menceritakan kisah sebenar.

ZAREMA HALANG KOMUNIKASI

Tentang Zarema block aplikasi WeChat dan Whatsapp, ternyata itu pembohongan sahaja. Aidil memberitahu, Zarema tiada kaitan langsung dengan perkara ini.

Ini kata Aidil: isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsAppdan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus?

LEPAS KAHWIN TAK JENGUK ANAK

Aidil juga akui tak sempat menziarahi anaknya kerana beliau kini menetap di Johor dan kekangan masa bermain bola sepak dan bekerja.

TAK PEDULI ANAK SAKIT

Kata Aidil, dia langsung tak tahu anaknya sakit dan keadaan anaknya. Aidil hanya tahu anaknya masuk hospital melalui instagram Rita Rudaini.

Aidil juga memberitahu, RIta Rudaini yang tak pernah memberitahu hal anaknya dan khabar anaknya.

Ini kata Aidil: saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.

Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya? Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.

NAFKAH ANAK-ANAK DAH BAYAR?

Aidil mendedahkan, Zarema yang akan membantunya bank in duit jika dia busy dengan kerjayanya.

Ini kata Aidil: Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru. Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja. 

TINDAKAN TERHADAP RITA

 Aidil juga menambah terpulang kepada Zarema untuk mengambil tindakan terhadap Rita kerana memburuk-burukan Zarema kepada media.



17 comments:

  1. Sabar rita..ucap Alhamdulillah..org tgh meroyan baru kawin tu..

    ReplyDelete
  2. dok meroyan bini baru cam turr lah....alohai...bukan skrg tak endah anak bini..sejak dulu...cinta itu buta..tengah cinta elok saja ...udah benci...semua jadi tak kena.....bini baru dok takta...tatang....belum nak ceraiiiiiii......jgn dok puji bini bru sgt larrrr.....takut makan diri aidil ooi

    ReplyDelete
  3. rita ni yg duk meroyan..jeles la tu..len kali jaga kelakuan..asyik nk mengadu domba..klaula dia ni baik confirmla mak n bapak mertua suka..puiii

    ReplyDelete
  4. Sabar la Rita. . . Aidil mana pernah nak mengaku. Kuatkan semangat demi anak2.

    ReplyDelete
  5. I kenal siapa rita sblm dia kwin lg. Dia pnh sbb kan one of my sister fren bcerai sbb skandal. Dia boleh ckp dkt wife org tu " best man win"

    ReplyDelete
  6. Pelik la dgn rita ni.
    Dah aidil tu tentu2 la dok berlainan rumah. Rita yg duduk dgn ank2.klau ank2 sakit of cos la aidil xtahu. Tugas rita adalah utk bgtau aidil. Nk assume aidil tahu dr mane klu x dberitahu. Sy harap rita berubah... Jgn cri kntroversi mcm ni. Org yg waras boleh berfikir mane betul. Yes. Correct xd wechat o wasap . call masih ade.. Sudah2 lah..

    ReplyDelete
  7. x paham la aku ngan kes diorg ni x abis 2 lg ke. boleh x jngn gunakan media untuk cerita hal rumahtangga. masalah x akan selesai tp sebaliknya jd makin teruk dngan campur tangan media

    ReplyDelete
  8. X pyh tggu rita bgtau pasal kabar anak2... Kan anak awk juga, jenguk la wlpn sesibuk mana. Anak2 amanah. Sepatutnya kena ucap tks kat rita jaga anak elok2... Sbb awk xda masa nk jaga anak. Klu rasa x salah diam aje, x pyh nk bls lagi baik cos if awk tu x ckp buruk pasal rita pun tu salah satu appreciate that awk really hargai dia take care anak2 awak. Pls understand her really susah nak teruskan hidup as single mother. Dah awk tu gagal nk jaga mereka as tiada jodoh, pls do appreciate her and your son.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong.! Klo rita bg ank2 kt tgn die baru tau trkezut. Nk sgtla bini bru jge ank tiri. Patut say tq sbb rita jge ank die. Klo xleh jumpe evry week, xkn xleh call tnye ank sht @ x? Knp nk tggu rita bgtau? Ape fungsi awak sbg ayah? Rse cm caye je die ni kne kongkong dgn bini baru..

      Delete
    2. eya betul! aidil ckp dia ada sms tp rita tak balas..pas 2 dgn bangga ckp 'napa dia tak call saya terus?"..wahhh,,, awak 2 bapak budak2 2 napa bkn awak yg call? mmg la awak tak tau kdaan anak awak kalau tk p tenggok sndiri..

      Delete
  9. Berbaik sangka antara rita dan aidil adalah jalan terbaik. DEMI anak janganlah ikut kata hati.

    ReplyDelete
  10. kompom2 le aidil ni da kene queen control. zarema tu pon klu da kawin ngan duda ada anak, kene la faham, x kan nak conquer semua. haish....jgn kd jantan dayus la aidil. cemane ko mengayat pon semua org da tau ko tu jantan bangang, ikut telunjuk zarema, dok celah kangkang je

    ReplyDelete
  11. Untuk menegakkan kebenaran.. Rita tolong lihatkan text yang dihantar oleh Aidil Kepada Rita.. Dengan itu nama Rita akan bersih... Saya tetap sokong Rita.. Semoga Rita terus berjaya dlm menjaga anak-anak dan kerjaya..

    ReplyDelete
  12. Saya bukan peminat diorang. Tapi bagi pendapat saya, Aidil kahwin di usia TERLALU MUDA. Masa tu Rita Rudaini dah lebih 30 tahun, dah tua, dah banyak makan garam. Aidil masa tu budak hingusan, baru nak mulakan karrier, baru nak mengenal cinta, tup tup dah kahwin. Sepatutnya Rita Rudaini SHOULD HAVE KNOWN BETTER.

    Bila kita kahwin dgn budak hingusan yg baru berusia 21 tahun, apatah lagi bila ibu dan keluarga nya tak pernah RESTU, sepatutnya kita tahu sendiri what we are walking ourselves into.

    Bila dah terjadi macam ni, jangan salahkan sesiapa lagi, ambil iktibar and MOVE FORWARD. Tapi apa yg Rita Rudaini buat, dia tak habis2 menyalahkan Aidil dan keluarga Aidil, tak habis2 menjaja kisah buruk rumah tangga yg dah runtuh, menjaja kisah buruk bekas suami. Sudah2 lah, kalau nak harapkan Aidil jenguk anak2 mungkin dia tak akan buat dah, jadi tak payahlah nak jaja. Go find a new love, forget the past, the more you shout on social media, the more people will see how PATHETIC you are, Rita.

    Mungkin perkahwinan mereka adalah suatu kesilapan, jadi biarlah masing2 mulakan kehidupan baru, yg lepas biarlah lepas. Kesian kat anak2 bila mereka besar tgk cerita ibu ayah di internet semuanya yg buruk2 belaka.

    ReplyDelete
  13. Im sorry tapi I rasa Rita Rudaini ni ckp banyak sangat dkt media. Masalah2 yg mcm ni sebenarnya sangat peribadi (bagi saya lah)....buat apa nak cakap kat semua orang? Boleh ke org2 ni membantu. Saya yang baca ni mamu bersimpati, but itu saja lah. Pastu bila ada orang kritik, nak naik angin. Suit yourself la, Rita.

    ReplyDelete