16:18 2

SEDIH !! Remaja OKU 15 Tahun Dikurung, Kurus Kering

SEDIH !! Remaja OKU 15 Tahun Dikurung, Kurus Kering


Tersentuh hati ini apabila terbaca kisah seorang remaja OKU dijumpai dalam keadaan menyayat hati, dikurung dengan badan kurus kering.

Remaja malang tersebut berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak ketika serbuan operasi imegresen, Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.


Hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila remaja terbabit masih bergerak. 


Baju remaja itu pula sudah reput dan koyak selain berak dan kencingnya merata-rata di dalam bilik.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya segera dibawa dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.


Ibu remaja terbabit kemudiannya ditahan ketika pulang dari bekerja untuk siasatan lanjut. Kes ini dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ibu remaja berkenaan dikatakan berasal dari Sabah.


Ditulis oleh: 
-YUYA-
www.instagram.com/yuyaliyana
www.twitter.com/yuyaliyana
.....................................
Video di bawah:

Gambar di bawah:


gambar: KOSMO

2 comments:

  1. Allahuakhbar!!menitis air mata tgk keadaan remaja oku ni..Allah panjangkn nyawanya walaupun keadaannya begitu teruk..semoga remaja ini sihat hendknya. :'(

    ReplyDelete
  2. binatang jaga anak dengan cari makan untuk anak ni manusia jaga anak sampai tak bagi anak makan.....apa punya manusia

    ReplyDelete