00:17 0

Selebriti Farish Aziz Belanja RM 16 Ribu Tengok World Cup Di Brazil

Selebriti Farish Aziz Belanja RM 16 Ribu Tengok World Cup Di Brazil


Pelakon dan pengacara Farish Aziz memang kaki bola yang hardcore apabila menghabiskan kira-kira RM 16 ribu untuk menonton world cup secara live di Brazil.

Ini kata-kata Farish kepada portal Murai:
“Sukan bola sepak sudah sebati dalam jiwa saya sejak kecil lagi dan impian untuk berada di kejohanan terhebat dunia ini sudah lama diimpikan. Bayangkan ini merupakan perjalanan paling jauh pernah saya tempuhi iaitu selama 16 jam semata-mata untuk menyaksikan kemeriahan piala dunia yang hanya dianjurkan empat tahun sekali.

“Jadi saya bersama seorang kawan baik, Johan ambil keputusan untuk simpan duit dan terbang ke Brazil demi menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia. Satu pengalaman yang cukup manis dan tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujar Farish Aziz sewaktu dihubungi Astro Gempak.

“Bayangkan saya belanja hampir RM 16,000 selama seminggu di sana termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia.

“Perbelanjaan yang agak besar tetapi masih berbaloi. Cuma agak terkilan kerana saya tidak sempat untuk saksikan perlawanan antara England menentang Itali kerana kesuntukan masa selain harga tiket yang terlalu mahal,”

Buat peminat bola, menonton secara live di world cup memang pengalaman yang tak ternilai harganya. memang bertuah si Farish ni.

Jom layan gambar Farish di Brazil:








0 comments:

Post a Comment